Hati murni sentiasa menyedari
Hati murni sentiasa berwaspada
Hati murni tidak menerima
Untuk dimiliki hati bukan ketentuan ILaHi
Hati Murni itu
Tidak mudah dimiliki
Kerna hati murni itu…
Menyedari pemilikNYA
Hati murni itu…
Tidak layak memilih
Untuk dimiliki tanpa IzinNYA
Biarpun insan mengatur
Berusaha menyatukan hati
Kerna insan sekadar mampu
Menafsir lahiriyah
Hati murni sedar
Hati ini perlu sentiasa untukNYA.
Hati murni
Tidak mahu memperdaya
Hati murni
Tidak mahu diperdaya
Rasa-rasa yang perlu diarahkan
Pada sang pemilik rasa
Pada sang pemberi rasa
Pada sang pemilik hati
Yang mengetahui sirr
Yang menghayati kerahsiaan Qalbu
Hati murni tulus ikhlas
Meyakini pemilik kasih sayang
Hati murni suci sejahtera
Meyakini pemberi kasih sayang
Penyatu hati
Agar berkongsi visi
Membawa misi
Memperjuangkan kalimah mulia
Menempuh onak dan duri
Mengahdapi mehnah dan tribulasi
Bagi menggapai syurga ILaHi
Yang tidak mudah digapai
Andai hati tidak dijaga
Untuk sang pemilik Hati
Andai hati ditawan hati itu
Hati Murni kan pasrah
Hati Murni mudah redha
Hati murni segera qhana’ah
Jika bukan ketentuan ILaHi
Hati itu tidak berkongsi visi
Kerna ketentuan ILaHi yang terbaik
Ketentuan ILaHi perlu dipatuhi
Kata hati murni perlu diikuti
Kerna hati murni itu
Hati bersama ILaHi (ma'ALLAH)
Hati dengan ILaHi (bilALLAH)
Hati menuju ILaHi (ilaALLAH)